Nama saya Meor Abdullah Azzam Bin Noor Azman. Saya berasal dari Tanjong Malim Perak. Saya berumur 18 tahun. Hobi saya ialah bermain bola dan bermain permainan video. Saya sangat meminati bidang kejuruteraan terutamanya kejuruteraan kapal terbang. Saya mempunyai 6 orang adik beradik. 5 lelaki dan 1 perempuan. Matlamat saya ialah ingin menjadi seorang jurutera yang berkemahiran serta mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kejuruteraan. Keputusan SPM saya ialah 3A 5B 1C 1D. Bapa saya bekerja sebagai seorang jurutera manakala ibu saya bekerja sebagai seorang guru. Saya mempunyai pengalaman menyertai Program Latihan Khidmat Negara selama 3 bulan. Selama 3 bulan saya telah didedahkan ilmu ketenteraan termasuk ilmu jasmani dan rohani. Sekian sahaja. Salam perkenalan dari saya. Kalau ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi , kalau ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan